Apa Yang Perlu Anda Lakukan

by

Setelah anda mendaftarkan permohonan anda dengan menghantar borang SPA8, anda perlu menyemak status permohonan anda dari semasa ke semasa. Di dalam proses pendaftaran anda perlu memilih dan memohon jawatan yang anda inginkan. Sila amil perhatian bahawa anda perlu tentukan ialah tahap pekerjaan yang anda mohon. Ini berdasarkan kelayakan akademik anda. Kategori tersebut ialah :

• Ijazah/Master atau PhD

• Ijaazh dan Diploma/Ijazah dan STPM

• Diploma dan Sijil

• STPM/HSC

• SPM/SRP/PMR

• Pelatih Perubatan

• Dalam Perkhidmatan/KPSL

Ini kerana setiap kategori di atas akan menentukan anda dalam pengelasan dan skim gaji yang berbeza bersama. Anda menentukan di mana tahap yang anda berada untuk mendapatkan borang yang sesuai. Pastikan anda menghabiskan masa yang sesuai memahami bidang yang diingini dan anda perlu mengisi segala maklumat dengan tepat dan betul.

Setelah itu, anda perlu untuk mengetahui apakah jenis kerja yang anda minati. Borang SPA8 membenarkan anda menghantar sehingga 10 kekosongan yang berbeza. Terdapat banyak kategori yang terdapat di mana anda akan dapat melihat semua kekosongan yang ada. Klik pada jawatan kosong dan anda akan dapat membaca lebih tantang jawatan tersebut, keperluan, skala gaji dan sebagainya.

Setelah anda menjumpai jawatan apa yang diminati, kemudian anda boleh terus mengisi borang SPA8. Tandakan kelayakan anda pada sebelah kiri muka surat dan anda dapat melihat borang dalam talian. Di sini anda perlu mengisi semua yang berkaitan dengan diri anda dan sebagainya dan pastikan bahawa semuanya adalah jawapan yang tepat. Kekosongan jawatan yang anda mohon, tempat temuduga dan maklumat peribadi.